Monday, July 24, 2006

 

Photobucket - Video and Image Hosting




BELAJAR FOREX


Apa yang akan kita perlu lakukan ketika pertama kali hendak memasuki sebuah pelaburan yang kita kenal hanya namanya saja? Tentu saja mengetahui lebih lanjut, pelaburan apakah itu sebenarnya. Begitu juga apabila kita adalah orang baru dalam dunia forex trading. Mungkin kita sudah mendengar nama forex online trading selama beberapa tahun dan mengetahui beberapa orang yang memperoleh kejayaan melaluinya. Tapi kita tidak mengetahui apakah itu Forex Online Trading.

Artikel ini ditujukan untuk mereka yang berada diposisi demikian. Tanpa mengetahui apakah itu forex online trading, tidak mungkin kita dapat memperoleh kejayaan disana. Jangankan kejayaan, berani pun tidak. Mana mungkin kita mahu melabur wang kita pada sebuah instrumen pelaburan yang tidak kita kenal?

Bab ini kita akan membantu kita mempelajari forex trading secara terperinci sekali. Bahagian ini ditujukan bagi mereka yang masih baru dengan dunia forex.

Mari kita mulakan. Jika ada yang bertanya kepada saya apa itu forex trading maka jawapannya memang banyak. Tapi saya menyukai definisi sederhana ini: Forex trading (biasanya disebut perdagangan matawang, tukaran matawang asing, atau nama singkatannya forex trading) adalah instrumen pelaburan berupa perdagangan matawang asing yang berpasang-pasangan.

Jadi, keuntungan yang saya peroleh adalah dari nilai perbezaan mata wang yang saya beli atau jual. Contohnya: Pada bulan lalu saya membeli US Dollar sebanyak $1000 dengan nilai RM3600, lalu bulan ini nilai tukaran USD menguat menjadi RM4000 per Dollar. Maka apabila saya menjual Dollar pada bulan ini maka saya memperoleh keuntungan sebesar (RM4000 – RM3600) = RM400. Mudah bukan?

Forex trading diperdagangkan dalam pasangan-pasangan mata wang yang biasa disebut pairs. Contohnya USD/JPY yang ertinya pasangan nilai tukar antara US Dollar dan Yen Jepun.

Diantara instrumen pelaburan dipapan bursa, forex trading adalah instrumen yang paling besar modalnya. Besarnya sekitar US$ 2 trillion sehari. 46 kali lebih besar dibandingkan dengan pasaran bursa komoditi berjangka (kopi, emas, dll) lainnya. Atau ribuan kali lebih besar dari jumlah transaksi di Bursa Saham KL!! Dengan wang sebesar itu, maka forex trading lebih dikenal sebagai pasar paling cair dan bebas di dunia.

Hanya 5% dari dana diatas yang merupakan dana pemerintah yang sifatnya rutin. 95% lainnya milik para pelabur bebas dari serata dunia. Benar-benar pasaran terbesar dan sangat majmuk. Kelebihan lainnya, forex trading adalah instrumen pelaburan yang aktif 24 jam sehari dan 6 hari seminggu. Dimulai dari pasaran Eropah, Amerika, Asia dan Australia. Jadi tidak seperti Bursa Saham KL yang hanya dapat bertransaksi di siang hari, forex trading (khususnya pada online forex trading) kita dapat bertransaksi hampir bila-bila dan dimana saja.

Tidak semua mata wang dapat diperdagangkan disini. Hanya beberapa mata wang negara maju yang biasa dipergunakan iaitu USD (US Dollar), JPY (Yen Jepun), GBP (Poundsterling), EUR (Euro), CHF (Swiss Franc), dan AUD (Australian Dollar). Jadi apabila kita melabur dipasaran forex trading, maka kita tidak akan menemui Ringgit(RM) dengan USD. Yang ada hanyalah pasangan-pasangan mata wang yang saya sebutkan sebelumnya; EUR/USD, USD/JPY, CHF/USD dsb.

Berikut ialah beberapa pertanyaan yang biasanya ditanyakan tentang Forex Trading;

1. Bolehkah terangkan pada saya apa itu forex trading secara ringkas?
Forex trading adalah instrumen pelaburan perdagangan mata wang asing dengan mata wang asing lainnya. Keuntungan diperoleh dari perubahan nilai tukar mata wang tersebut.

2. Sejauh manakah keuntungan yang dapat saya peroleh dari pelaburan ini?
Sejauh mana mata wang dapat bergerak, sejauh itulah keuntungan dapat diperoleh. Sebagai contoh, untuk pasangan mata wang GBP/USD (Pound & Dollar), saya membeli(Buy) matawang ini pada nilai 1.8100 dengan jangkaan akan naik. Sekiranya jangkaan ini tepat dengan GBP/USD naik kepada 1.8200 bererti saya telah untung 100 points(pips) maka keuntungan saya pada hari itu ialah RM1000.00 (sekiranya nilai belian ialah RM1,000.00. Keuntungan 1 point pada nilai belian RM1,000 ialah RM10.00)

3. Bagaimana dengan risiko kerugian yang mungkin timbul?
Setiap pelaburan memiliki potensi untuk mengalami kerugian. Begitu juga dengan forex. Jika pada soalan 2 telah diterangkan kita memiliki kesempatan memperoleh keuntungan sebesar RM1,000 sehari, maka sejauh itu jugalah kemungkinan kerugian yang akan terjadi. Pendeknya kesempatan untung dan rugi adalah sama besarnya.

4. Jika yang diperdagangkan adalah matawang asing, matawang asing apa?
Ada berbagai jenis matawang yang diperdagangkan disini. Tetapi semuanya adalah matawang asing negara-negara maju. Setiap matawang diperdagangkan dalam bentuk berpasangan (pairs). Beberapa diantaranya yang paling sering diperdagangkan adalah GBP/USD, USD/CHF, USD/JPY, EUR/USD dan AUD/USD.

5. Tunggu, ada begitu banyak singkatan disini. Apa itu GBP, EUR, JPY, CHF dan AUD?
GBP adalah matawang Inggeris yang biasa disebut poundsterling (Great Britain Poundsterling), sedangkan USD adalah US Dollar, CHF adalah matawang Swiss Franc, JPY adalah Japan Yen dan AUD adalah Australian Dollar.

6. Saya mengerti sekarang. Adakah forex trading sama seperti perdagangan di money changer? Apakah perbezaannya?
Benar secara sederhana forex trading lebih kurang sama dengan money changer. Bezanya adalah pada forex, perdagangan tidak melibatkan wang dalam bentuk fizikalnya. Kita hanya melakukan pemesanan dan bukti pembelian dan penjualan ada pada bukti transaksi.

7. Hanya itu bezanya?
Tidak. Yang lebih baiknya lagi, forex trading diperdagangkan dalam model margin trading. Margin trading adalah perdagangan menggunakan jaminan saja.

8. Adakah syarikat atau individu yang berpotensi melaburkan wang saya dengan jaminan keuntungan?
Ya, cuma apa yang anda perlukan ialah akaun e-gold. Cuma berhati-hati dengan kebanyakan program di internet yang disebut HYIP. Saya sendiri telah kehilangan ribuan ringgit kerana kebanyakannya hanya berniat menipu wang kita.

Jadi, jika anda tergolong sebagai safe investor yang tidak menyukai risiko atau ‘gangguan-gangguan’ dalam portfolio pelaburan anda, maka nampaknya forex trading bukan jenis pelaburan yang sesuai bagi anda. Hal ini disebabkan forex trading merupakan pelaburan yang memiliki pergerakan yang sangat cepat dalam pergerakan harga. Secara logiknya, forex trading membolehkan anda memperoleh keuntungan sebesar ribuan ringgit dalam satu hari namun juga dapat membawa anda kehilangan jumlah yang sama.

Jika anda seorang risk taker, maka forex trading adalah jenis pelaburan yang sesuai dengan anda, dalam erti kata lain, untuk memperoleh keuntungan besar, maka anda juga bersedia menanggung potensi kerugian yang sama besarnya.

Lalu adakah cara mengurangkan potensi kerugian yang ada? Ada, jawapannya; Saya akan melaburkannya untuk anda. Syarat pertama, haruslah ada keyakinan bahawa saya tidak akan 'lari' bersama wang anda. Kedua, anda harus memiliki akaun e-gold untuk memulakan pelaburan. Anda juga akan dibayar balik melalui e-gold. Lagipun untuk mendaftar akaun e-gold, anda boleh mendaftar dengan percuma. Jika anda belum memiliki akaun egold, sila mendaftar di E-GOLD.COM


Apa itu e-gold?

E-gold.Ltd adalah suatu perusahaan kewangan ternama di dunia yang berpusat di Amerika yang mengkhususkan pada transaksi internet. Boleh dikatakan bahawa secara de-facto e-gold adalah matawang internet. Transaksi dengan menggunakan kad kredit sangat terdedah terhadap penipuan. Kerana itu, e-gold menawarkan penyelesaian pembayaran di internet yang relatifnya lebih selamat.

Cara kerja e-gold adalah seperti bank, bank tradisional pada umumnya. E-gold menerima deposit dari para ahli, dimana pendeposit dapat bertransaksi transfer keluar ataupun masuk melalui e-gold.

E-gold menyimpan deposit kita dalam bentuk emas. Jadi ketika kita menyimpan sejumlah wang dalam matawang tertentu (kebiasaannya dalam nilai USD), wang tersebut akan di nilaikan menjadi emas. Mengapa emas? Kerana emas adalah matawang yang paling stabil ketika ini. Jadi apabila harga emas dunia naik, nilai wang kita di e-gold juga akan naik, demikian sebaliknya.

Account e-gold anda hanya akan berguna apabila anda memiliki wang didalamnya. Sama seperti akaun anda di bank tradisional. Apabila tidak memiliki dana, jangan harap dapat transfer ke luar, walaupun hanya $0.10. Untuk membeli e-gold di Malaysia, anda haruslah menjadi ahli terlebih dahulu di NOGOLD.COM*. Untuk pembelian dari luar negara pula, anda boleh dapatkannya di THEGOLDSSHOP.BIZ atau LONDONGOLDEXCHANGE.COM dengan cara pembayaran melalui wire transfer.

Bagaimana pula untuk menukarkan egold anda kepada wang tunai? Caranya juga amat mudah. Jualkannya kepada THEGOLDSSHOP atau LONDONGOLDEXCHANGE.

Anda boleh membuat penukaran e-currency di nogold.com. Bagaimanapun, transaksi penukaran e-currency hanya boleh dibuat oleh ahli-ahli nogold.com* sahaja buat masa ini. Malah anda juga boleh mengeluarkan wang tunai melalui mesin2 ATM di Malaysia yang memiliki keahlian CIRRUS dengan mendapatkan kad ATM egold melalui syarikat2 internet yang menawarkannya. Anda boleh mendaftar keahlian percuma di UNICLEAR.COM.

Ingin mencuba nasib dalam dunia Forex? Anda boleh mendaftar secara percuma. Segala penerangan serta bantuan ada disediakan oleh pihak pengurusan. Daftar sekarang; Marketiva.com

Sekiranya anda tidak ingin bersusah-payah atau takut kehilangan wang anda, saya sedia membantu melaburkan wang anda. Sekiranya anda berminat sila klik disiniMyForexInvestment




*Notes: Nogold.com tidak lagi menerima sebarang pendaftaran ahli baru. Langkah ini diambil bagi memastikan nogold.com bebas dari aktiviti 'scam' atau penipuan. Sekiranya anda ingin menjual semula e-gold, anda boleh menghubungi saya. Saya akan membantu anda mencari buyer di nogold.com. Sekiranya anda juga ingin membeli e-gold, saya boleh membantu anda mendapatkannya dengan kadar USD1=RM3.90* (Bergantung kepada harga semasa yang ditawarkan).


This page is powered by Blogger. Isn't yours?